Koperasi Persatuan TIBA ( KOTIBA) Sempurnakan Penyerahan Zakat Perniagaan di Pejabat Yang Mulia Pengarah Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal ( JUZWAB ), Kementerian Hal Ehwal Ugama,NBD.

Bandar Seri Begawan, Khamis , 29 Ramadan 1447H / 19 March 2026 –

Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) dengan Tanggungan Berhad telah menyempurnakan penyerahan Zakat Perniagaan berupa cek berjumlah BND$ 61,949.28 , kepada Jabatan Urusan Zakat ,Waqaf dan Baitulmal ( JUZWAB ).

Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Md. Serudin bin Haji Md. Timbang,Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kecil Kebajikkan dan Keugamaan KOTIBA dan turut disaksikan oleh Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Abd. Karim, Setiausaha KOTIBA. Penyerahan berlangsung di Pejabat Yang Mulia Pengarah Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB), Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan Zakat Perniagaan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan komitmen berterusan KOTIBA dalam menunaikan kewajipan mengeluarkan Zakat serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Diharapkan sumbangan Zakat ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak berkenaan dalam usaha memperkukuhkan lagi kebajikan umat Islam di negara ini, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat secara menyeluruh.

KOTIBA Fuel Station
“Bersatu Kita Tegoh”

Share Article: