MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H BERSAMA AHLI-AHLI LEMBAGA KOPERASI SESI 2025/2026 & PEKERJA-PEKERJA STESEN MINYAK KOTIBA

Sabtu, 22 Syawal 1447H / 11 April 2026 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) Dengan Tanggungan Berhad bagi pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA bersama Ahli-Ahli Lembaga Koperasi KOTIBA SESI 2025-2026 dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil KOTIBA diadakan di Dewan Mahligai Al-Barakah Ballroom, Mid Valley, Kampong Salambigar. Turut hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pengerusi Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA),Yang Mulia Tuan Haji Matassan bin Haji Bungso.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan & Keugamaan KOTIBA, seterusnya disusuli dengan ucapan Pengerusi Majlis, Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad.


Antara lain Pengerusi Majlis mengariskan bahawa acara tahunan ini adalah bagi menghargai pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA. Beliau juga mengariskan bahawa objektif sambutan adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturahim dan menghargai pekerja pekerja Stesen Minyak KOTIBA dan Ahli-Ahli Lembaga Koperasi KOTIBA Sesi 2025-2026.

Majlis seterusnya ialah ucapan daripada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Haji Matassan bin Haji Bungso, Pengerusi Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) dan diselajurkan dengan penyampaian saguhati sebagai tanda penghargaan kepada Mantan Ahli-Ahli Lembaga Koperasi dan Warga Emas Pemegang-Pemegang Saham Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA)
yang berusia 80 tahun dan ke atas.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA dan diselangi dengan acara cabutan Hadiah bertuah. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KOTIBA diakhiri dengan nyanyian beramai Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sesi bergambar beramai-ramai.

KOTIBA Fuel Station
“Bersatu Kita Tegoh”

Share Article: