Majlis Membaca Surah Yassin , Tahlil & Doa Arwah bagi Ahli-ahli Koperasi Persatuaan TIBA (KOTIBA) yang telah kembali ke Rahmatullah serta Penyampaian Derma Anak-anak Yatim & Penyampaian derma bagi 3 buah Masjid Terpilih sekitar KOTIBA.

Bandar Seri Begawan, Ahad, 04 Ramadan 1447H / 22 Februari 2025 –

Alhamdulilah, Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) telah berjaya menganjurkan Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah bagi ahli-ahli Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) yang telah kembali ke rahmatullah yang mana telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid Kampung Tanah Jambu.

Majlis ini turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dari enam buah kampung, iaitu Kampung Sungai Hanching, Kampung Sungai Tilong, Kampung Manggis, Kampung Salambigar, Kampung Tanah Jambu dan Kampung Salar. Seramai 47 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis berkenaan.

Selain itu, majlis ini juga menyaksikan penyampaian sumbangan bagi aktiviti Tadarus Al-Qur’an kepada tiga buah masjid, iaitu Masjid Kampung Sungai Hanching, Masjid Kampung Salambigar dan Masjid Kampung Tanah Jambu.Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Ahli Lembaga Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) selaku Pengerusi Majlis. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampung Tanah Jambu, Yang Mulia Imam Mohd Zakaria Bin Haji Mohd Salleh

Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) Dengan Tanggungan Berhad, Yang Mulia Haji Matassan bin Haji Bungso, dan seterusnya berkesudian menyampaikan derma kepada anak-anak yatim serta sumbangan derma kepada masjid-masjid berkenaan.

Penyampaian derma ini merupakan antara aktiviti kebajikan tahunan anjuran Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) melalui Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Keugamaan, bertujuan untuk menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan serta sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Syawal.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha KOTIBA serta ahli-ahli Lembaga Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA); Yang Mulia Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Yang Mulia Haji Syed Mohammad Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah; Yang Mulia Awang Shamsul Nizam bin Awang Haji Abdul Latiff, Ketua Kampung Tanah Jambu/Salar; Yang Mulia Awang Mohamad Sukairi bin Haji Abd. Rahman, Pemangku Ketua Kampung Salambigar/Sungai Hanching; Yang Mulia Pg Hj Md Ruzaimi bin Pg Hj Shahbuddin, Ketua Kampung Sungai Tilong. Yang Mulia Awang Omar bin Haji Mohd  Alli, Pemangku Ketua Kampung Manggis ; imam-imam masjid Kampung Tanah Jambu, Salambigar dan Sungai Hanching; ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu; serta ahli-ahli koperasi dan penduduk setempat.

Majlis berkebajikan seumpama ini merupakan aktiviti tahunan bahagian Kebajikan dan keugamaan, KOTIBA  selaras dengan objektif nya untuk sama-sama mengimarahkan bulan suci Ramadhan dan membantu mereka yg memerlukan di sekitar tadahan KOTIBA.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Tahlil sebagai tanda doa dan peringatan kepada arwah yang telah kembali ke rahmatullah, sekali gus menyemai nilai-nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, majlis ini turut disempurnakan dengan penyerahan barangan wakaf oleh Pengerusi KOTIBA, Haji Matassan bin Haji Bungso, kepada Ketua Kampong Manggis, Awang Omar bin Haji Mohd. Alli.

KOTIBA tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPK Kampong Manggis, semua pihak yang terlibat, para sukarelawan, penduduk kampung serta individu-individu yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini.

KOTIBA Fuel Station
“Bersatu Kita Tegoh”

Share Article: